Wednesday, June 24, 2009

Impian

"Pada suatu hari nanti, aku pasti akan berjaya mencapai cita-cita yang aku impikan".

Demikianlah ayat yang dinyatakan di atas mendorong seseorang remaja tekun berbuat apa-apa demi mencapai cita-citanya.

Apakah definisi perkataan "berjaya"? Adakah perkataan tersebut bermaksud kaya, cita-cita atau impian? Aku percaya bahawa setiap insan yang bernafaskan oksigen di dunia ini mempunyai pelbagai pandangan yang berbeza.

Dari pandangan aku, perkataan tersebut bermaksud cita-cita. Aku berasa amat dukacita kerana cita-citaku tidak terkabul. Anda pasti akan berasa hairan. Mengapakah aku, pada usia 20 cepat berputus asa? Jawapannya tidak mengelirukan, cita-citaku adalah untuk menceburi bidang muzik yang amat digemariku sejak kecil lagi. Ia bukan sahaja memerlukan ilmu dan masa, bakat dan kesabaran serta wang juga adalah antara elemen-elemen yang sangat penting.

Demi mancapai cita-cita, aku telah membelanjakan banyak wang untuk belajar pelbagai instrumen muzik. Pada usia 8, ibu saya mendesak saya supaya belajar piano. Pada usia 14, aku tidak perlu didesak lagi manakala mempelajari beberapa instrumen muzik yang lain atas kehendakan dan kerelaan aku. Kesedaran aku terhadap muzik sebagai hobi kegemaranku, pada usia tersebutlah aku mengetahui hala masa depan yang harus jalan.

Walaubagaimana si aku kerap merancang, bertekun dan berusaha, malapetaka terbesar dalam kehidupanku melanda. Selepas peperiksaan SPM, saya telah bercadang untuk mempelajari muzik sepenuh masa di UCSI atau ICOM. Untuk menambahkan kekecewaanku, cadangan aku bukan sahaja dibatal dan dicabuli oleh ibuku, aku terpaksa belajar di MMU atas masalah kewangan keluarga dan kehendakannya.

Aku sering berasa hampa dan sedih serta bodoh sekali. Di samping itu, aku menyesal kerana tidak memperjuangkan kehidupanku. Kehidupanku sekarang bosan, tidak bermakna.... tiada impian... tiada cita-cita... Kehidupanku bagaikan anjing, yang hanya hidup untuk tuan dan makanan. Mengapakah aku tidak berjuang untuk mencapai cita-citaku? Adakah aku betul mendengar nasihat ibuku? Adakah kehidupan sekadar mencari duit untuk makan di samping menyara kehidupan keluarga? Adakah aku betul jikalau aku bertindak degil dan tidak mempedulikan perasaan ibuku?

Bekerja di sebuah pejabat dengan gaji bulanan yang lumayan bukan masa depan yang aku inginkan. Aku rela bermain muzik dengan gaji yang tidak lumayan. Walau beberapa banyak duit yang aku dapat cari pada masa hadapan, kehidupanku adalah sebuah kegagalan. Kegagalan yang penuh dengan kekecewaan dan kesedihan yang tidak dapat anda dugai.....

Oleh demikian tuan-tuan dan puan-puan sekalian, jangan sesekali anda mengikut jejak aku. Nasihat ibubapa adalah "sentiasa" betul. Tetapi "sentiasa" tidak bermakna "pasti" betul. Beranilah anda menyahut cabaran untuk mengejar cita-cita anda. Kekayaan bukannya kejayaan, cita-citalah kejayaan sebenar dalam kehidupan.

Cita-citaku hanyalah sebuah impian... yang hanya boleh diimpi...
Akhir kata, kehidupanku hanyalah sebuah kisah kegagalan...

2 comments:

  1. lol, tiba-tiba emo, apa boleh buat? btw, lama tak tulis karangan dy, ma tulis satu lor. if not nanti my BM will berkarat some time later...

    ReplyDelete